Saturday 30 July 2011

Yang lalu, Biarlah berlalu

Bagi orang yang berfikir, peristiwa masa lalu akan dilipat dan tidak akan dilihat kembali.
Kita harus mengurung dan melupakannya di dalam penjara, mengikatnya dengan tali yang sangat kuat agar tidak dapat keluar melihat cahaya. Kerana bagaimanapun, berbagai peristiwa tersebut  hanya sebahagian dari masa lalu dan sekarang semuanya telah berakhir.

Dengan demikian, tidak ada lagi kesedihan, kedukaan dan kegagalan lain.
Semuanya tidak akan dapat berulang dan hidup kembali, kerana ianya memang sudah tiada.

Janganlah anda hidup di dalam mimpi-mimpi buruk masa lalu, atau di bawah bayang-bayang kesedihan masa lalu. Angkatlah diri anda dari fantasi tersebut !
Apakah anda menginginkan berbagai musibah dan pergorbanan tersebut berulang kali? Apakah anda mengharapkan matahari kembali ke tempat asalnya, bayi ke perut ibunya, air susu kembali ke payu dara si ibu, dan air mata ke dalam kelopak mata, padahal semuanya hanya akan mengalirkan kembali air mata anda?

Dengan kembali ke masa lalu, bererti anda akan merasakan kembali keresahan. Masa lalu tak ubahnya seperti api yang harus membakar dan melemparkan diri ke masa lalu dan hal tersebut merupakan keadaan yang menyedihkan, sekaligus menakutkan.

Membuka kembali lembaran masa lalu hanya akan merosakkan suasana yang ada dan menyia-nyiakan perjuangan yang selama ini sudah dilakukan.Allah swt, telah mengingatkan kita dengan umat pada masa lalu serta apa yang telah mereka perbuat:  Itulah umat yang telah lalu . . . ( Al-Baqarah : 134)

Semuanya telah berlalu dan tidak akan berulangh kembali. Dan tidak ada manfaatnya memutar roda sejarah sekadar untuk melukiskan bencana pada zaman itu.

Manusia sebenarnya tidak perlu melihat masa lalu dan memalingkan wajahnya ke belakang, kerana angin akan terus berhembus ke depan, air mengalir ke depan, setiap kalifah akan berjalan ke depan, Oleh kerana itu, janganlah menyalahi sunnah kehidupan .

apabila kalian sedih cuba dengar zikr ini insya Allah jiwa akan menjadi tenang(sesiapa yang mengingati Allah(zikir)hati akan menjadi tenang

No comments:

Post a Comment