Sunday 18 November 2012



" Para mufassir menyebutkan bahawasanya Nabi Yusuf A.S pernah bermimpi yang aneh & ajaib ketika beliau masih kecil, setelah itu beliau tidak pernah bermimpi seperti itu lagi. Dalam mimpinya, beliau melihat 11 bintang, mataharu & bulan bersujud kepadanya, maka hatinya sedih memikirkannya & beliau menganggap mimpi itu mempunyai erti yang besar.
Setelah bangun, beliau menceritakan mimpi itu kepada ayahnya ( Nabi Yaakub A.S ), maka ayahnya tahu bahawa sesuatu yang besar akan jadi pada anaknya itu akan memperolehi darjat yang tinggi & kedudukan yang mulia didunia & diakhirat, dimana bapa, ibu & semua saudaranya akan tunduk dihadapannya. Maka bapanya menyuruh kepada Nabi Yusuf agar merahsiakan mimpinya itu, tidak menceritakannya kepada saudara-saudaranya kerana khuatir terhadap mereka, supaya mereka tidak mendengkinya, memperdaya serta merancanakan bermacam-macam tipu muslihat, kerana dalam tabiat manusia itu terdapat sifat tipu muslihat, kerana dalam tabiat manusia itu terdapat sifat tipu daya & dengki. Dengan demikian Nabi Yaakub berpesan kepada Nabi Yusuf agar menyembunyikan rahsia mimpi ini. Didalam sebuah atsar disebutkan : " Mohonlah pertolongan atas keperluan-keperluanmu dengan menyembunyikannya, kerana terdapat kenikmatan itu akan ada orang yang dengki ".
Dengan itu jelas bahawasanya Nabi Yusuf A.S menceritakan mimpinya kepada ayahnya tanpa sepengetahuan saudara-saudaranya & bapanya telah berpesan kepadanya agar tidak memberitahukan mimpinya kepada saudara-saudaranya. Taurat mengungkapkan bahawa Nabi Yusuf menceritakan mimpinya itu dihadapan saudara-saudaranya & bapanya menghardiknya sambil berkata " Agar saya, ibumu & saudara-saudaramu bersujud kepadamu ". Nabi Yaakub A.S mengucapkan perkataan itu dengan geram. Demikianlah yang disebutkan dalam Taurat secara salah, kerana sudah barang tentu Taurat itu telah dirobah isinya. Adapun yang benar adalah disebutkan didalam Al-Quranul Karim, "Yang tidak datang kepadanya ( Al-Quran ) kebatilan baik dari depan mahupun dari belakang " .

Thursday 18 October 2012

Petua Bagi Memudahkan Ibu Bersalin



Setiap ibu yang mengandung tentu berharab mereka akan dapat melahirkan bayi mereka dengan mudah. Apabila tiba waktu untuk bersalin, untuk mengatasi masalah ini, sebagai ibu anda janganlah berasa bimbang kerana petua tradisional ini mungkin boleh membantu anda untuk melahirkan bayi dengan mudah & selamat.
Bila kandungan anda mencapai usia sembilan bulan, anda usahakanlah minum minyal kelapa setiap satu sudu teh.
Menurut bidan kampung dengan minum minyak kelapa asli boleh memudahkan ibu bersalin. Selain dari itu minum air kelapa juga boleh memudahkan ibu bersalin.
Cara menyediakan minyak kelapa :
Sediakan kelapa tua beberapa biji, parut & ambil santannya, setelah itu masaklah sehingga mengeluarkan minyak, simpan minyak itu di dalam botol setelah sejukkan.
Anda perlu minum minyak kelapa ini apabila usia kandungan anda mencapai enam bulan. Usahakan minum minyak kelapa ini satu sudu besar tiga kali dalam seminggu, sehingga kandungan anda sembilan bulan. Insya Allah, anda akan mudah melahirkan anak.
Petua Melegakan Rasa Sakit Hendak Bersalin
- Memang ramai wanita yang panik menghadapi waktu-waktu yang genting ini, tetapi selagi ibu memikirkan sakit hendak bersalin selagi itu anda rasa tidak tenteram & bertambah panik. Untuk mengatasi masalah ini tarik nafas dalam-dalam, lepaskan dengan tenang bayangkan anda berada di tempat yang sunyi, anda sedang berehat bersama seorang bayi yang comel.
Cuba rakamkan gambaran ini dalam kepala anda, dengan cara ini anda dapat melupakan sedikit rasa sakit yang begitu menekan.
Penampilan Yang Selesa Bagi Ibu Hamil
- Jangan jadikan alasan malas mengurus diri, kerana anda sedang hamil. Apa yang anda lakukan setiap hari ialah berbaring di tempat tidur. Amalan ini amat salah, kerana ibu-ibu yang mengandung harus menjaga kesihatan & penampilan mereka yang sihat.
Oleh itu anda harus menjaga & menguruskan  diri anda supaya kelihatan cantik & kemas, anda seharusnya seorang wanita yang menarik walaupun anda sedang berbadan dua.
Kerana perut anda semakin membesar, anda memerlukan baju khusus untuk ibu mengandung. Pilihlah baju mengandung dari bahan yang ringan, seperti kain kapas yang boleh menyerap peluh.
Elakkan diri dari memakai pakaian ketat yang tidak selesa. Warna yang cerah akan membuat anda lebih gembira & ceria.
Perihal ibunya Nabi Khidir, dijelaskan bahawa beliau adalah seorang wanita yang memiliki kesukaan atau hobi yang bukan lazim menjadi pilihan golongan kaum hawa pada umumnya. Beliau digambarkan sebagai seorang wanita yang suka mengembara. Bahkan, ketika sedang sarat hamil sekalipun, dia masih mengembara. Entah apa motivasi yang menjadi daya penarik & menjadikannya suka dengan mengembara menjelajahi luasnya kehidupan itu, beliau sendiri yang mengetahuinya.
* Perihal ibunya Nabi Khidir, dijelaskan bahawa beliau suka mengembara. Bahkan, ketika sedang hamil sekalipun, dia masih sering mengembara.

Tuesday 16 October 2012

Pemuda Yang Bertaubat Di Malam Ramadhan


Yang jahat tidak akan selamanya jahat. Yang tidak baik itu pula bukannya selamanya tidak baik. Baik & jahat itu sudah ketentuan Allah. Namun sebagai insan, sudah tentu mengharapkan rahmat Allah untuk mendapat hidayah atau petunjuk. Inilah yang dialami oleh pemuda yang bernama Umar ...
Ramadhan tahun lalu, seorang anak muda bernama Umar, 22tahunm tersedar dari segenap dosa-dosanya. Ia seorang anak yang dilahirkan dari sepasang suami isteri yang kaya raya. Sejak kecil, apalagi ia terlahir sebagai anak bungsu dari tiga bersaudara. Kedua kakanya perempuan. Sayangnya, akibat kasih sayang & kemanjaan yang berlebihan, Umar malah tumbuh menjadi anak yang nakal & sombong. Ia seringkali memandang sebelah mata orang-orang disekelilingnya.
Sejak sekolah rendah lagi, ia sudah terkenal nakalnya. Malah, saat bersekolah menengah, kenakalannya kian menjadi-jadi : ia mulai mengenal dadah, lebih parahnya, diusianya begitu, Umar sudah belajar ke lorong-lorong gelap & minum-minuman keras. Semua itu dilakukan umar tanpa sepengetahuan ibu bapanya. Betapa tidak, sebab wang saku yang diberikan oleh ibu bapanya berlebihan, jumlahnya jauh diatas kewajaran wang poket bagi anak-anak sekolah menengah pada umumnya.
Umar benar-benar sudah terbuai kemaksiatan & dosa. Namun, seperti kata pepatah " Sepandai-pandainya menyimpan bangkai, baunya pasti tercium juga " Begitu juga yang terjadi dengan semua perbuatan buruk Umar, yang pada akhirnya diketahui pula oleh kedua ibu bapanya. Hal ini terjadi ketika dia berada tingkatan 6. Setelah, mencium semua kebusukan yang dilakukan Umar, kedua ibu bapanya, terutama si ayah, tentu saja marah besar.
Kerana sudah terbiasa melawan, semua perkataan ayahnya langsung dilawannya. Maka, terjadilah perang mulut yang hebat antara anak & ayah. Sedang ibunya berusaha menenangkan ayahnya. Namunm si isteri sepertinya terlalu lemah untuk merendam kemarahan ayah & anaknya.
Untuk "mengantasi" kenakalan Umar, semua gerak geriknya selalu diawasi. Setiap pergi ke sekolah, Umar dilarang bergaul diluar rumah. Umar benar-benar seperti didalam penjara. Kerana terbiasa hidup bebas diluar, Umar terasa gelisah & rimas terkurung dirumah. Bukan kerana tidak ada teman, tapi mulutnya yang terbiasa merokok & meneguk minuman keras terasa gatal-gatal tekal kerana lama tak pernah minum arak. Tak hanya itu, Umar juga rindu dengan tarikan dadah & kehangatan tubuh wanita tak bermoral yang biasa dinikmatinya.
Syaitan benar-benar telah mengusai otak Umar. Kerana tak kuat menahan semuanya, akhirnya ia memberontak. Umar lari dari rumah dengan terlebih dari mencuri wang & perhiasan milik ibunya, yang tentu saja sangat  mahal harganya. Setelah cabut lari dari rumah, pemuda berkulit putih itu kembali terjerumus ke lembah kemaksiatan. Sampai tak terasa, akhirnya semua wang miliknya habis tak tersisa lagi. Umar kebingungan  & kemudian memutuskan kembali ke rumah agar boleh mendaoat wang kembali.
Kepulangan kali ini disambut dengan kemarahan kedua ibu bapanya. Bukan hanya ayahnya yang berang, tetapi ibunya pun marah. "Ibu menyesal telah melahirkan anak macam kamu! Ibu merasa berdosa, ibu rasa menjadi seorang ibu yang terkutuk! ibunya meluahkan rasa geramnya.
Umar seperti seekor anak arnab yang masuk dalam perangkap. Namun "anak arnab" itu tiba-tiba berubah menjadi menjadi "anak serigala" yang kelaparan. Dengan kata-kata yang sangat kotor, ia memaki ayah & ibunya. Suasana pun berubah kian memanas. Umar pun semakin hilang kawalan perasaanya. Emosinya meledak-ledak. Lalu dengan penuh geram ia menyerang ayahnya. Kerana tidak mampu menandingi tenaga anaknya, berkali-kali Umar meninjau wajah ayah kandungnya, bahkan ia juga sempat menendang perut ayahnya,  sampai tubuh lelaki berusia 50tahun itu terhuyung kebelakang, nyaris jatuh kalau saja belakangnya tidak membentur ke tembok.
Melihat si ayah yang tidak berdaya melawannya, bukannya merasa hiba, Umar malah semakin buas menyerang. Dengan gerakan cepat, ia meraih pasu bunga & bermaksud menghentamkan benda itu di kepala ayahnya. Saat itulah tiba-tiba saja ibunya sudah berdiri dihadapanya, untuk menghalangi tindakan anaknya. Kerana terlepas kawalan, pasu bunga itu yang akan dipukulkan ke kepala ayah itu mengenai kepala ibunya. Seketika, pasu bunga itu pecah seiring dengan jeritan si ibu yang menahan kesakitan.
Detik berikutnya, Umar melihat ibunya terhuyung hayang ke belakang & terjatuh dengan darah segar mengucur dari keningnya. Melihat kenyataan ini, kedua kakaknya menjerit kesedihan & langsung memeluk ibunya sambil bertangisan. Melihat ibunya tersungkur, Umar jadi kebingungan. Sebelum ayahnya bertambah "naik angik", sebab Umar melihat ayahnya mengambil senapang  berburunya, maka tanpa fikir panjang lagi ia pun langsung melarikan diri.
Taubat Umar
Sejak peristiwa itu, Umar tidak berani pulang ke rumahnya. Selama berbulan-bulan Umar hidup seperti gelandangan. Tak hanya itu, selama berbulan-bulan pula ia menjual tubuhnya kepda wanita pertengahan umur & lelaki-lelaki "homo" hanya untuk mendapatkan wang. Semua itu ia lakukan bukan semata-mata agar ia boleh makan, tapi  lebih dari itu agar ia boleh membeli minuman keras & bekalan dadah yang telah meracuni otaknya.
 Hingga suatu saat terjadi sesuatu atas hidupnya. Suatu hari, Umar terperangkap ketika merampas beg duit seorang wanita yang sedang membeli belas dipasar. Jadilah ia dikejar-kejar oleh beberapa orang dipasar. Dengan sekuar tenaga ia berlari dari kejaran & kepungan orang-orang yang siap untuk mencincang habis sekujur tubuhnya, ia memang berhasil melepaskan diri.
Akibat keadaan yang tersepit, akhirnya dia membawa diri ikuti langkah kakinya berjalan keluar kota. Umar tak penag tahu kemana tujuan dirinya yang sebenarnya. Ia hanya melangkah & terus melangkah, hingga tak terasa hari pun mulai petang. Kerana kelelahan, ia pun beristirahat. Ia rebahkan tubuh lusuhnya dibawah sebatang pohon dipinggir jalan yang sunyi. Mungkin kerana lelah & lapar, tak terasa akhirnya ia pun tertidur lena.
Dalam tidur inilah Umar bermimpi dikejar-kejar orang yang sangat banyak. Persis sekali dengan keyika dirinya ketahuan merampas beg duit dipasar beberapa waktu sebelumnya. Anehnya, kali ini semua orang yang mengejar-ngejarnya berpakaian putih. Ia berlari ketakutan. Tapi, akhirnya ia terperangkap juga, lalu dengan penuh paksa orang-orang berpakaian putih itu merantai tangan & kakinya. Tak hanya itu, kakinya juga diberi dua buah gelang besar yang sangat berat, sampai ia sukar untuk melangkar. Apa yang terjadi selanjutnya ?
Dengan kasr, orang-orang berpakaian serba putih itu menyeret tubuh Umar sampai ke pinggir jurang yang dibawahnya terdapat nyala api yang ganas berkobar-kobar. lalu, tanpa basa-basa lagi, tubuhnya dilemparkan oleh orang-orang yang baju putih ke arah api yang menyala-nyala tersebut. Umar berteriak-teriak ketakutan penuh rasa cemas.
Setelah itu, Umar terbangun dengan nafas terengah-engah.Keringat dingin mengucur deras tubuhnya, ia pun sedar kalau ketakutan itu ternyata hanya terjadi dalam mimpi. Entah bagaimana, mimpi tu begitu mempengaruhi perasaanya. Hingga dalam hati, Umar sangat bersyukur, sebab semua itu terjadi hanya berlangsung dalam mimpi. Ia tidak boleh membayangkan andai kejadian itu benar-benar menimpanya dalam kenyataan yang sebenarnya. Mungkin tubuhnya telah hancur lebur dijilat api yang menyala-yala itu. Mungkin, itu adalah hembaran neraka jahanam.
Beberapa saat Umar gundah memikirkan mimpi tersebut, sampai akhirnya ia tersedar & melihat hari yang sudah  malam. Suasana begitu gelap & sunyi. Tak ada tanda-tanda penduduk. Bahkan tak ada seorang pun yang lewat dijalan tersebut. Entah dimana dirinya berada pada malam itu.
Dengan setengah putus asa, Umar kembali melangkah lemah meninggalkan tempat itu. Ia terus menelusuri jalanan sepi bagaikan ditanah kuburan itu. Pemuda itu berharap dapat menemukan  perkampungan penduduk. Celakanya, sejauh ia berjalan, ternyata tak juga ia temui perumahan penduduk. Yang terhampar dihadapannya hanya ada ladang getah dikiri  kanan jalan. Pokok-pokok getah yang tinggi menjulang nampak berdiri dengan angkuh terbalut malam yang sunyi & gelap. Namun, Umar sepertinya tak memperdulikan rasa takut walau sedikitpun, saat itu dirinya sudah pasrah andai mati sekalipun.
Kerana terlalu lama berjalan sementara perutnya kosong, Umar memang sudah begitu kepenatan, ditambah kepalanya yang tiba-tiba pusing. Ya, hal ini kerana dirinya belum makan sejak kelmarin, sehingga tubuhn ya yang gagah itu menjadi lemah.
Lama kelamaan, rasa pusingnya semakin menjadi-jadi. Kerana tak kuat berjalan lagi, ditambah kepalanya yang semakin menjadi-jadi. Kerana tak kuat berjalan lagi, ditambah kepalanya yang semakin pusing, akhirnya Umar jatuh terjerembab di rerumputan yang basah tersiram embun. Umar pun langsung tak sedarkan diri lagi.
Umar baru siuman mungkin lewat tengah malam. Ketika itulah ia merasakan udara yang begitu dingin & suasana yang sangat sunyi. Baru disedarinya pula kalau ternyata dirinya pengsan disebuah tanah lapang, entah dimana-mana dia sendiri tidak tahu.
Dengan kepala yang masih terasa pusing, Umar berusaha duduk, ia perhatikan suasana disekelilingnya yang begitu sunyi mencekam . Ia melihat pohon-pohon yang berdiri bagaikan barisan pasukan raksasa, yang seakan bersiap menyongsong musuh. Tak ada sedikit pun puncuk-puncukpohon yang bergerak dipermainkan angin malam. Alam begitu sunyi, sepi & tenang.
Dilangit melihat bintang-bintang bertabuan, banyak sekali jumlahnya, dengan sinarnya yang berkelip-kelip bagaikan mutiara. Langit begitu cerah, tanpa segumpal awan pun, bulan berbentuk sabit memancar indah disebelah timur. Pohon-pohon berdiri tenang, angin tak ada yang bertiup.
Namun, Umar merasakan udara begitu dingin, walau ia  menyakini tak ada embun yang menitis sedikit pun. Bahkan, suara serangga malam pun tak ada terdengar. Alam sekelilingnya bergitu sunyi & sepi. Terasa damai namun mencekam hati & perasaan.
Berkali-kali Umar memperhatikan keadaan disekelilingnya, perasaan hairan menyelinap didalam dadanya. Mengapa alam begitu lengang, damai & tenang ? Baru kali pertama ia melihat & merasakan pemandangan alam yang begitu tenang & damai indah sekali. Umar bergitu kagum & takjub diberbuatnya tiba-tiba diluar kesedarannya, mulat Umar  mengucapkan kalimat " Allahu Akbar ! " .
Setelah kalimat agung itu meluncur untuk ketiga kalinya dari mulut Umar yang kering, maka seiring dengan itu, ia merasakan seolah-olah ada-ada yang berbisik didalam dadanya, yang mengatakan bahawa alam & segala isinya adalah milik Allah SWT. " Tiada daya & kekuatan tanpa khendak Allah. Manusia hanyalah setitik dari kekuasaan Allah Yang Maha Besar. Begitulah yang menggema didalam dadanya. Hatinya pun begitu tesentak, Umar begitu terjaga dari tidur yang panjang, seiring dengan terbukanya pintu kesedarannya.
Seketika air matanya menitis deras akibat penyesalan yang begitu dalam. Betapa selama ini ia hidup bergelimang dosa & kemaksiatan. Umar begitu menyesal dengan kesalahan  yang pernah ia lakukan. Ya, betapa selama ini ia begitu jauh dari Allah S.W.T
Tangisnya tidak boleh direndam lagi. Dadanya begitu sesak membayangkan semua kesalahan & dosa-dosa yang telah dilakukannya selama ini. Ia menangis dengan penuh penyesalan. Tak henti-hentinya mulut Umar mengumandangkan 'Allahu Akbar' . Bersamaan dengan itu, terbayang semua dosa-dosannya, kesalahannya, kederhakaan pada ayah & ibunya, Kakak-kakaknya, bahkan pada teman-temannya, serta orang-orang yang pernah menjadi mangsanya, serta orang-orang yang pernah menjadi mangsanya dengan tingkah laku & kekejaman yang telah diperbuatnya.
Umar merasakan betapa ia hanyalah seorang manusia  yang hina & berlumur dosa. Ia terus menangis & merantap menyesali diri sendiri. Sampai akhirnya, ia mendengar ada suara seseorang menegurnya.
" Allah Maha Pengampun " . Hentikanlah tangisanmu, Nak ! Kata suara itu. Umar terkejut, sebab tak menyangka ada orang lain ditengah kesunyian yang syahdu itu. "Siapa di situ ? " Tanya Umar. Dengan perlahan & terus menangis, ia mengalihkan pandangannya ke arah datangnya suara.
Di keremangan malam, seorang lelaki telah berdiri di belakangnya.
" Allah pasti akan menerima hambanya yang sungguh-sungguh ingin bertaubat ! "
Umar tak kuasa untuk menanggapi  perkataan orang itu. Ia hanya boleh  menangis menyesal dirinya yang sudah begitu banyak berbuat dosa.
" Siapakah sebenar kamu anak muda ? Apa yang boleh saya bantu untukmu ? " Tegur lelaki itu lagi .
Kerana Umar tetap saja diam, lelaki itu lalu menghidupkan lampu picit & diarahkan pada Umar. Dengan bantuan cahaya lampu picit, lelaki itu memperhatikan Umar yang masih terus menangis terisak-isak.
" Siapa kamu, Nak ? Kenapa larut malam begini kamu ada disini & menangis ? Tanyanya lagi .
" Nama saya Umar, Pak cik. Saya ini manusia hina, kotor & banyak dosa, "
Jawab Umar seadanya.
" Kamu ini bukannya orang di sini. Apa sebenarnya yang terjadi dengan kamu ? " Ujar lelaki tua yang kemudiannya dikenali Umar bernama Pakcik Khamis itu bertanya.
Lalu dengan menahan isak tangis, Umar menceritakan semua tentang dirinya. Dengan tenang Khamis mendengarkan cerita Umar. " Siapa pun kamu, jahat atau tidak, itu Allah yang tahu. Tapi menuru aku, tidak baik kamu dilarut malam begini menangis sendirian disini. Mari ikut saya balik ke rumah. Sekarang sudah waktunya makan sahur. Setelah itu, sama-sama nanti kita ke surau untuk solat subuh " , ajak Khamis kemudian.
" Makan sahur ? " tanya Umar tak mengerti. Sejujurnya, kala itu, Umar memang tidak tahu apa yang dimaksud makan sahur. Walaupun beragama Islam, tapi sepanjang hidupnya, ia memang tak pernah berpuasa. Bahkan bila bulan puasa tiba pun ia juga tidak pernah mengetahuinya. " Inikan bulan Ramadhan, Nak ! Di bulan Ramadhan ini, umat Islam diwajibkan berpuasa. Dan sebelum puasa, disunatkan kita makan sahu dulu. Apa kamu ini orang Islam ? " Tanya Khamis denga tersenyum. Umar menjawabnya dengan anggukan kepala.
Umar terdiam. Tergugup. Selanjutya, Khamis mengajaknya pulang kerumahnya. Sejak saat itu, Umar benar-benar bertaubat. Ia mulai belajar bersolat, mengaji & puasa. Khamis juga tak bosan-bosan membimbing & mengajarinya dengan ilmu-ilmu agama. Umar diperlakukan seperti anaknya sendiri. Isteri & anak-anak Khamis juga menerimanya dengan baik. Bahkan, Umar sempat merayakan hari raya Aidilfitri bersama kelaurga sederhana namun penuh Rahmat Illahi itu .
Lewat bimbingan Khamis pula, Umar belajar bekerja & mencari rezeki yang halal. Dengan cara begitu, ia terus berusaha sesungguhnya untuk mengisi erti kehidupan sabagai seorang Islam yang sebenarnya .

Friday 20 April 2012

Mimpi gigi


Maksud Mimipi Gigi
* Gigi sebelah atas bermaksud keluarga lelaki
* Gigi sebelah bawah bermaksud keluarga perempuan
* Gigi taring adalah kepada keluarga, gigi taring adalah anak pak saudara
* Gigi yang memotong sebelah kanan adalah ayah, sebelah kiri adalah pak saudara
* Sekirannya bukan keduanya( ayah dan pak saudara ) bererti dua orang saudara atau dua orang anak, jika buka mereka juga bereti dua kawan karib
* Gigi depan sebelah atas adalah saudara-saudara ibu yang lelaki dan perempuan
* Gigi geraham bermaksud datuk dan anak kecil
* Gigi kanan sebelah bawah yang gunakan untuk memotong sesuatu bermaksud ibu, sementara sebalh kiri bermakna ayah
* Taring sebelah bawah adalah anak-anak pak saudara yang perempuan dan anak-nak ibu saudara bapa yang perempuan, gigi depan sebelah bawah adalah anak-anak abang dan kak ibu perempuan, geraham sebelah bawah adalah keluarga jauh yang terdiri daripada perempuan

* Gigi Goyang
* Menunjukkan ada yang berpenyakit
* Gigi yang jatuh dan hilang menunjukkan kematian atau hilang buat selama-lamanya, jika yang hilang itu ditemui semula, maka orang yang hilang itu pun akan kembali atau dijumpai semula
* Gigi yang hancur menandakan akan datangnya bala, bahkan gigi yang goyang diertikan juga sebagai pentengkaran dikalangan keluarga
* Melihat gigi kuning( kotor ) akan terjadi sesuatu yang memalukan terhadap keluarganya, gigi  busuk menandakan cacian yang akan datang kepada keluarganya, gigi yang lemah kuning-kuning dan berdarah menandakan kelemahan  keluarga yang bermimpi
* Melihat membersihkan gigi dari kotoran menandakan pergorbanan harta untuk menghilangkan kesusahan, melihat gigi putih dari penyakit, pajang dan cantik menandakan bertambahnya kekuatan, harta  dan pangkat dalam keluarga tersebut
* Melihat giginya yang ia pergunakan untuk memotong sesuatu tumbuih kembali, bermakna anggota keluarga akan bertambah
* Orang yang bermimpi seolah-olah dia mencabut giginya, bererti dia memutuskan silaturrahim atau membelanjakan hartanya dengan cara terpaksa
* Melihat seolah-olah ia mengeluarkan giginya dengan lidahnya menunjukkan hubungannya dengan keluarganya akan rosak disebabkan kata-katanya
* Sesiapa yang melihat seolah-olah giginya dari emas, maka jika yang bermimpi itu orang yang berilmu, maka mimpinya itu baik baginya, jika sebaliknya maka akibatnya tidak baik, bahkan mimpinya itu menunjukkan penyakit atau kebakaran

Wednesday 18 April 2012

Menangkis Kejahatan Makhluk Halus






Kecantikan kepalsuan
Apa itu susuk sesuatu benda yang dimasukkan anak adam untuk kecantikan dan menjadi hebat
benda-bendanya * Emas, berlian, jarum putih, jarum 916 *

Susuk ini ada 2 : -
1. Tidak mengunakan jin
2. Menggunakan jin

* Susuk ini terkenal sejak zaman firaun *

Tanda-tanda memakai susuk
* Tidak boleh mendengar azan, kerana jin ada bersamanya dan sebagainya

Pantang susuk
*  Tidak boleh makan satay, buah-buahan yang berbulu, pisang emas dan sebagainya

~ Susuk ini dipakai pada muka, lengan, payu dara dan kemaluan, untuk menjadi hebat
~ Kesanya Cepat nyayok keluh-kesah
Persoalanya nak tengok manusia pandang kita atau Allah pandang kita

Sasaran Saka
* Jangan kita lupa jin warisan ada dalam keturunan keluarga kita iaitu saka
* Bagi kaum hawa yang bermimpi menyusukan budak kecil itu teramat bahaya
* Tanda-tandanya ada tertulis dibawah

Jenis-jenis Sihir
* Sihir memisahkan suami isteri
* Sihir memperdayakan pandangan ( hipnotis )
* Sihir yang membuat gila
* Sihir mendengar panggilan
* Sihir membuat penyakit
* Sihir pendarahan
* Sihir menahan penikahan
* Guna-guna atau Sihir percintaan

Racun puaka Santau
Jenis-jenis Santau terbahagi kepada 2 : -
1. Santau yang diperbuat daripada adunan tertentu secara hakiki iaitu tidak melibatkan jin, santau ini agak mudah diubati
2. Santau yang disertai dengan pemujaan terhadap jin,santau ini juga dikenali dengan " Santau Angin " Santau ini agak sukar diubati kerana ia melibatkan jin yang memiliki sayap dan terbang diudara, biasanya mangsa akan menjadi kurus kering.

Secara umumnya, santau ditujukan kepada si mangsa bertujuan seperti berikut : -
~ Membalas dendam kepada si mangsa kerana sebab-sebab tertentu
~ Iri hati & hasad dengki terhadap orang lain
~ Ingin menguji kekuatan & kesan santau yang dimiliki
~ Membuang santau, santau angin mesti dibuang pada masa tertentu, jika tidak berbuat demikian, santau tersebut akan memakan tuannya dan keluargannya
~ Mencari rezeki melalui upah untuk kenakan santau kepada seseorang

Tanda-tanda terkena Santau
* Batuk yang berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah, bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti seperti serbuk kaca
* Istihadah  yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih
* Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu maghrib dan malam jumaat. Kadangkala sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu jumaat
* Sakit dan sesak nafas terutama waktu maghrib
* Lenguh seluruh anggota badan
* Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk
* Mimpi jatuh daripada tempat tinggi
* Mimpi bahan-bahan yang miang seperti miang buluh dan ulat bulu
* Mimpi kanak-kanak kecil seperti mimpi menyusu kanak-kanak tersebut
* Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular
* Mimpi makan makanan yang kotor seperti bangkai dan babi
* Mimpi paderi kristian, sami buddha atau bermimpi pergi ke tempat-tempat ibadat agama bukan islam

Kesan-kesan Santau
* Boleh membawa maut dengan izin Allah SWT
* Hilang daya ingatan
* Kulit akan menjadi merekah keluar air bias dan nanah
* Tabiat akan berubah seperti seorang yang dikenali dengan sikap penyabar  menjadi seorang yang panas baran
* Badan menjadi bongkok disebabkan  batuk yang berpanjangan
* Badan menjadi licin kerana seluruh bulu dibadan  telah gugur
* Kelopak mata menjadi kehitaman akibat daripada tidur yang terlalu terganggu
* Menjadi " Saratan " atau Kanser ketumbuhan
* Jika pesakit hamil mungkin akan mengalami keguguran


Tanda-tanda ketika tidur
- Susah tidur malam, tidak boleh tidur kecuali setelah bersusah payah
- Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut
- Mimpi buruk, seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit meminta pertolongan, malangnya tiada siapa mendengar. Biasanya terjadi dalam keadaan " Kena Tindih " tanda kena tindih jangan tidur selepas asar dan waktu maghrib, tangan tidak basuh dengan betul setelah makan, mandi telanjang.
- Mimpi perkara yang menakut dan menyeramkan
- Mimpi melihat binatang-binatang seperti kucing, anjing, unta ular, serigala tikus dan sebagainya. Kalau bermimpi dipatuk ular, kemungkinan petanda sihir telahpun masuk ke dalam jasadnya
- Bunyi gigi berlaga ketika tidur
- Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika sedang tidur
- Berdiri dan berjalan  ketika tidur
- Mimpi jatuh daripada tempat tinggi
- Mimpi berada dikawasan kotoran atau dikawasan perkuburan
- Bermimpi berada ditempat yang sunyi
- Mimpi melihat makhluk yang menakutkan ataupun diistilahkan sebagai hantu
- Mimpi melihat budak kecil. Berjaga-jaga kalau bermimpi budak kecil yang menyusu dengan kita dan kita sayangkannya terutama kepada wanita
- Mimpi melihat salib atau gereja
- Mimpi bertemu paderi
- Merintih dan menangis ketika tidur
- Mimpi diancam benda tajam seperti pisau, paku dan sebagainya
* Sesiapa yang mempunyai mimpi bertemu budak kecil dan jatuh dari tempat tinggi merangkumi 3 yang lain juga disyakki mengalami gangguan jin *

Tanda-tanda ketika jaga
- Selalu pening, para pengamal perubatan moden tidak dapat mengesan sebarang  penyakit dan dikatakan penyakit misteri
- Selalu lalai daripada mengingati Allah SWT
- Hilang ingatan dan mungkin juga menjadi gila. Gila adalah berpunca daripada jin. Dalam bahasa arab orang gila digelar " MAJNUN " bermaksud dijinkan
- Sering lesu dan malas
- Rasa sakit disalah satu anggota badan dan doktor tidak berupaya mengubatinya
- Sentiasa terasa sakit dibelakang terutama ditulang belakang
- Lenguh disendi-sendi utama
- Melihat sesuatu yang pelik semasa jaga
- Mempunyai ketubuhan yang sukar diubati. Biasanya doktor menakrifkannya sebagai kanser. Perlu diingat bahawa kanser berpunca daripada jin
- Teresa seolah-olah terdapat sesuatu dibawah tapak kaki, seperti terpijak telur atau batu
- Mudah panik dan kaget apabila berhadapan dengan sesuatu ujian
- Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan hidupan
- Sentiasa mengantuk terutamanya dalam majlis ilmu
- Mudah marah dan panas baran
- Emosional dan terlalu sensitif

* Kaedah untuk mengelakkan diri daripada ganguan jin *
- Sentiasa istiqamah dengan zikir yang diwariskan Nabi Muhammad SAW
- Menyebut nama Allah dalam setiap pekerjaan
- Menyebut nama Allah setiap kali masuk kedalam tempat yang gelap
- Jangan tidur bersendirian, jika terpaksa maka berwuduk dan baca doa
- Jangan membuang air di merata-rata tempat terutama dilubang-lubang
- Jangan membunuh ular sewenang-wenangnya yang masuk kedalam rumah

* Banyak ayat-ayat syifa jika dibaca, diamal, yang paling penting baca amal dan yakin *
* Baca surah Al-Baqarah sampai habis didalam rumah, jika tidak mengetahui baca, pasanglah Cd *
* Surah Al-Furqan ayat 23, ayat ini mengelakkan diri daripada sihir *
* Surah As-Saffat ayat 7, ayat ini mengelakkan diri daripada sihir, santau & saka sebagainya *
* Zikir Taubat Nabi Yunus, ayat ini mengelakkan diri daripada sasaran saka *
* Baca & amal, yakin insya Allah Mujarab *

Sunday 11 March 2012

Pesan-Pesannya

Pesan-pesan Hassan Al-Basri mengetarkan hati, menggugah orang-orang yang lalai dan membuat air mata pendengarnya bercucuran. Dia pernah mengatakan, " Permisalan antara dunia dan akhirat adalah bagaikan timur dan barat. Apabila engkau bertambah dekat ke salah satu arah itu, bererti anda telah bertambah jauh dari akhirat. " Dunia adalah kampung, pemulaannya adalah susah payah dan akhirnya kebinasaan. Dalam barang halalnya perhitungan dan dalam barang haramnya seksaan "

Wednesday 7 March 2012

Jangan Marah !


Firman Allah SWT didalam surah Al-A'raf ayat 200
" Dan jika kamu ditimpa suatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui "

Rasulullah SAW mewasiatkan kepada salah seorang sahabatnya dengan mengatakan " Jangan Marah, Jangan Marah, Jangan Marah . "

Suatu hari terdapat seorang lelaki yang sedang marah dihadapan Rasulullah SAW, lalu Rasulullah menyuruhnya mengucapkan isti'azah .

Dan aku berlindung (pula) kepada engkau ya Tuhan-Ku, dari kedatangan mereka kepadaku ( Al-Mu'minum : 98 )

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada (seksa) Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kebenaran, lalu menghentikan  kesalahan-kesalahannya). ( Al-A'raf : 201 )

Sesungguhnya orang-orang yang keresahan, kesedihan, emosi dan marah didalam hati, baginya ada penawar yang telah diberikan oleh Nabi Muhammad SAW. Diantara penawar tersebut adalah : -

1. Berusaha menghilangkan perasaan Marah .
....... dan orang-orang yang menahan amarahnya ....... ( Ali-'Imran : 134 )
....... dan apabila mereka marah, mereka memberi ampun ....... ( Asy-Syura :37 )

Sesudah amarah Musa menjadi reda, lain diambilnya (kembali) lauh-lauh ( Taurat ) itu ....... ( Al-A'raf : 154 )

2. Berwudhu'. Marah adalah bara api, dan api hanya boleh dipadamkan dengan air. Rasulullah bersabda " Bersucilah adalah sebahagian dari Iman "

Juga sabdanya " Wudhu' itu adalah senjata orang mu'min .

3. Jika seseorang marah dalam keadaan berdiri, maka hendaklah dia duduk, dan jika dalam keadaan duduk, maka hendaklah baring .

4. Jika sedang marah, hendaklah dia diam dan jangan berbicara .

5. Sebolehnya mengigat akan ganjaran yang dihadapi bagi mereka yang mampu menahan amarahnya dan mereka yang suka memaafkan kesalahan orang lain .

6. Sesiapa yang sedang marah sesugguhnya dia sedang menunjukkan kebodohannya .