Sunday 18 November 2012



" Para mufassir menyebutkan bahawasanya Nabi Yusuf A.S pernah bermimpi yang aneh & ajaib ketika beliau masih kecil, setelah itu beliau tidak pernah bermimpi seperti itu lagi. Dalam mimpinya, beliau melihat 11 bintang, mataharu & bulan bersujud kepadanya, maka hatinya sedih memikirkannya & beliau menganggap mimpi itu mempunyai erti yang besar.
Setelah bangun, beliau menceritakan mimpi itu kepada ayahnya ( Nabi Yaakub A.S ), maka ayahnya tahu bahawa sesuatu yang besar akan jadi pada anaknya itu akan memperolehi darjat yang tinggi & kedudukan yang mulia didunia & diakhirat, dimana bapa, ibu & semua saudaranya akan tunduk dihadapannya. Maka bapanya menyuruh kepada Nabi Yusuf agar merahsiakan mimpinya itu, tidak menceritakannya kepada saudara-saudaranya kerana khuatir terhadap mereka, supaya mereka tidak mendengkinya, memperdaya serta merancanakan bermacam-macam tipu muslihat, kerana dalam tabiat manusia itu terdapat sifat tipu muslihat, kerana dalam tabiat manusia itu terdapat sifat tipu daya & dengki. Dengan demikian Nabi Yaakub berpesan kepada Nabi Yusuf agar menyembunyikan rahsia mimpi ini. Didalam sebuah atsar disebutkan : " Mohonlah pertolongan atas keperluan-keperluanmu dengan menyembunyikannya, kerana terdapat kenikmatan itu akan ada orang yang dengki ".
Dengan itu jelas bahawasanya Nabi Yusuf A.S menceritakan mimpinya kepada ayahnya tanpa sepengetahuan saudara-saudaranya & bapanya telah berpesan kepadanya agar tidak memberitahukan mimpinya kepada saudara-saudaranya. Taurat mengungkapkan bahawa Nabi Yusuf menceritakan mimpinya itu dihadapan saudara-saudaranya & bapanya menghardiknya sambil berkata " Agar saya, ibumu & saudara-saudaramu bersujud kepadamu ". Nabi Yaakub A.S mengucapkan perkataan itu dengan geram. Demikianlah yang disebutkan dalam Taurat secara salah, kerana sudah barang tentu Taurat itu telah dirobah isinya. Adapun yang benar adalah disebutkan didalam Al-Quranul Karim, "Yang tidak datang kepadanya ( Al-Quran ) kebatilan baik dari depan mahupun dari belakang " .

No comments:

Post a Comment