Thursday 18 October 2012

Petua Bagi Memudahkan Ibu Bersalin



Setiap ibu yang mengandung tentu berharab mereka akan dapat melahirkan bayi mereka dengan mudah. Apabila tiba waktu untuk bersalin, untuk mengatasi masalah ini, sebagai ibu anda janganlah berasa bimbang kerana petua tradisional ini mungkin boleh membantu anda untuk melahirkan bayi dengan mudah & selamat.
Bila kandungan anda mencapai usia sembilan bulan, anda usahakanlah minum minyal kelapa setiap satu sudu teh.
Menurut bidan kampung dengan minum minyak kelapa asli boleh memudahkan ibu bersalin. Selain dari itu minum air kelapa juga boleh memudahkan ibu bersalin.
Cara menyediakan minyak kelapa :
Sediakan kelapa tua beberapa biji, parut & ambil santannya, setelah itu masaklah sehingga mengeluarkan minyak, simpan minyak itu di dalam botol setelah sejukkan.
Anda perlu minum minyak kelapa ini apabila usia kandungan anda mencapai enam bulan. Usahakan minum minyak kelapa ini satu sudu besar tiga kali dalam seminggu, sehingga kandungan anda sembilan bulan. Insya Allah, anda akan mudah melahirkan anak.
Petua Melegakan Rasa Sakit Hendak Bersalin
- Memang ramai wanita yang panik menghadapi waktu-waktu yang genting ini, tetapi selagi ibu memikirkan sakit hendak bersalin selagi itu anda rasa tidak tenteram & bertambah panik. Untuk mengatasi masalah ini tarik nafas dalam-dalam, lepaskan dengan tenang bayangkan anda berada di tempat yang sunyi, anda sedang berehat bersama seorang bayi yang comel.
Cuba rakamkan gambaran ini dalam kepala anda, dengan cara ini anda dapat melupakan sedikit rasa sakit yang begitu menekan.
Penampilan Yang Selesa Bagi Ibu Hamil
- Jangan jadikan alasan malas mengurus diri, kerana anda sedang hamil. Apa yang anda lakukan setiap hari ialah berbaring di tempat tidur. Amalan ini amat salah, kerana ibu-ibu yang mengandung harus menjaga kesihatan & penampilan mereka yang sihat.
Oleh itu anda harus menjaga & menguruskan  diri anda supaya kelihatan cantik & kemas, anda seharusnya seorang wanita yang menarik walaupun anda sedang berbadan dua.
Kerana perut anda semakin membesar, anda memerlukan baju khusus untuk ibu mengandung. Pilihlah baju mengandung dari bahan yang ringan, seperti kain kapas yang boleh menyerap peluh.
Elakkan diri dari memakai pakaian ketat yang tidak selesa. Warna yang cerah akan membuat anda lebih gembira & ceria.
Perihal ibunya Nabi Khidir, dijelaskan bahawa beliau adalah seorang wanita yang memiliki kesukaan atau hobi yang bukan lazim menjadi pilihan golongan kaum hawa pada umumnya. Beliau digambarkan sebagai seorang wanita yang suka mengembara. Bahkan, ketika sedang sarat hamil sekalipun, dia masih mengembara. Entah apa motivasi yang menjadi daya penarik & menjadikannya suka dengan mengembara menjelajahi luasnya kehidupan itu, beliau sendiri yang mengetahuinya.
* Perihal ibunya Nabi Khidir, dijelaskan bahawa beliau suka mengembara. Bahkan, ketika sedang hamil sekalipun, dia masih sering mengembara.

No comments:

Post a Comment