Wednesday 18 April 2012

Menangkis Kejahatan Makhluk Halus






Kecantikan kepalsuan
Apa itu susuk sesuatu benda yang dimasukkan anak adam untuk kecantikan dan menjadi hebat
benda-bendanya * Emas, berlian, jarum putih, jarum 916 *

Susuk ini ada 2 : -
1. Tidak mengunakan jin
2. Menggunakan jin

* Susuk ini terkenal sejak zaman firaun *

Tanda-tanda memakai susuk
* Tidak boleh mendengar azan, kerana jin ada bersamanya dan sebagainya

Pantang susuk
*  Tidak boleh makan satay, buah-buahan yang berbulu, pisang emas dan sebagainya

~ Susuk ini dipakai pada muka, lengan, payu dara dan kemaluan, untuk menjadi hebat
~ Kesanya Cepat nyayok keluh-kesah
Persoalanya nak tengok manusia pandang kita atau Allah pandang kita

Sasaran Saka
* Jangan kita lupa jin warisan ada dalam keturunan keluarga kita iaitu saka
* Bagi kaum hawa yang bermimpi menyusukan budak kecil itu teramat bahaya
* Tanda-tandanya ada tertulis dibawah

Jenis-jenis Sihir
* Sihir memisahkan suami isteri
* Sihir memperdayakan pandangan ( hipnotis )
* Sihir yang membuat gila
* Sihir mendengar panggilan
* Sihir membuat penyakit
* Sihir pendarahan
* Sihir menahan penikahan
* Guna-guna atau Sihir percintaan

Racun puaka Santau
Jenis-jenis Santau terbahagi kepada 2 : -
1. Santau yang diperbuat daripada adunan tertentu secara hakiki iaitu tidak melibatkan jin, santau ini agak mudah diubati
2. Santau yang disertai dengan pemujaan terhadap jin,santau ini juga dikenali dengan " Santau Angin " Santau ini agak sukar diubati kerana ia melibatkan jin yang memiliki sayap dan terbang diudara, biasanya mangsa akan menjadi kurus kering.

Secara umumnya, santau ditujukan kepada si mangsa bertujuan seperti berikut : -
~ Membalas dendam kepada si mangsa kerana sebab-sebab tertentu
~ Iri hati & hasad dengki terhadap orang lain
~ Ingin menguji kekuatan & kesan santau yang dimiliki
~ Membuang santau, santau angin mesti dibuang pada masa tertentu, jika tidak berbuat demikian, santau tersebut akan memakan tuannya dan keluargannya
~ Mencari rezeki melalui upah untuk kenakan santau kepada seseorang

Tanda-tanda terkena Santau
* Batuk yang berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah, bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti seperti serbuk kaca
* Istihadah  yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih
* Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu maghrib dan malam jumaat. Kadangkala sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu jumaat
* Sakit dan sesak nafas terutama waktu maghrib
* Lenguh seluruh anggota badan
* Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk
* Mimpi jatuh daripada tempat tinggi
* Mimpi bahan-bahan yang miang seperti miang buluh dan ulat bulu
* Mimpi kanak-kanak kecil seperti mimpi menyusu kanak-kanak tersebut
* Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular
* Mimpi makan makanan yang kotor seperti bangkai dan babi
* Mimpi paderi kristian, sami buddha atau bermimpi pergi ke tempat-tempat ibadat agama bukan islam

Kesan-kesan Santau
* Boleh membawa maut dengan izin Allah SWT
* Hilang daya ingatan
* Kulit akan menjadi merekah keluar air bias dan nanah
* Tabiat akan berubah seperti seorang yang dikenali dengan sikap penyabar  menjadi seorang yang panas baran
* Badan menjadi bongkok disebabkan  batuk yang berpanjangan
* Badan menjadi licin kerana seluruh bulu dibadan  telah gugur
* Kelopak mata menjadi kehitaman akibat daripada tidur yang terlalu terganggu
* Menjadi " Saratan " atau Kanser ketumbuhan
* Jika pesakit hamil mungkin akan mengalami keguguran


Tanda-tanda ketika tidur
- Susah tidur malam, tidak boleh tidur kecuali setelah bersusah payah
- Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut
- Mimpi buruk, seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit meminta pertolongan, malangnya tiada siapa mendengar. Biasanya terjadi dalam keadaan " Kena Tindih " tanda kena tindih jangan tidur selepas asar dan waktu maghrib, tangan tidak basuh dengan betul setelah makan, mandi telanjang.
- Mimpi perkara yang menakut dan menyeramkan
- Mimpi melihat binatang-binatang seperti kucing, anjing, unta ular, serigala tikus dan sebagainya. Kalau bermimpi dipatuk ular, kemungkinan petanda sihir telahpun masuk ke dalam jasadnya
- Bunyi gigi berlaga ketika tidur
- Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika sedang tidur
- Berdiri dan berjalan  ketika tidur
- Mimpi jatuh daripada tempat tinggi
- Mimpi berada dikawasan kotoran atau dikawasan perkuburan
- Bermimpi berada ditempat yang sunyi
- Mimpi melihat makhluk yang menakutkan ataupun diistilahkan sebagai hantu
- Mimpi melihat budak kecil. Berjaga-jaga kalau bermimpi budak kecil yang menyusu dengan kita dan kita sayangkannya terutama kepada wanita
- Mimpi melihat salib atau gereja
- Mimpi bertemu paderi
- Merintih dan menangis ketika tidur
- Mimpi diancam benda tajam seperti pisau, paku dan sebagainya
* Sesiapa yang mempunyai mimpi bertemu budak kecil dan jatuh dari tempat tinggi merangkumi 3 yang lain juga disyakki mengalami gangguan jin *

Tanda-tanda ketika jaga
- Selalu pening, para pengamal perubatan moden tidak dapat mengesan sebarang  penyakit dan dikatakan penyakit misteri
- Selalu lalai daripada mengingati Allah SWT
- Hilang ingatan dan mungkin juga menjadi gila. Gila adalah berpunca daripada jin. Dalam bahasa arab orang gila digelar " MAJNUN " bermaksud dijinkan
- Sering lesu dan malas
- Rasa sakit disalah satu anggota badan dan doktor tidak berupaya mengubatinya
- Sentiasa terasa sakit dibelakang terutama ditulang belakang
- Lenguh disendi-sendi utama
- Melihat sesuatu yang pelik semasa jaga
- Mempunyai ketubuhan yang sukar diubati. Biasanya doktor menakrifkannya sebagai kanser. Perlu diingat bahawa kanser berpunca daripada jin
- Teresa seolah-olah terdapat sesuatu dibawah tapak kaki, seperti terpijak telur atau batu
- Mudah panik dan kaget apabila berhadapan dengan sesuatu ujian
- Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan hidupan
- Sentiasa mengantuk terutamanya dalam majlis ilmu
- Mudah marah dan panas baran
- Emosional dan terlalu sensitif

* Kaedah untuk mengelakkan diri daripada ganguan jin *
- Sentiasa istiqamah dengan zikir yang diwariskan Nabi Muhammad SAW
- Menyebut nama Allah dalam setiap pekerjaan
- Menyebut nama Allah setiap kali masuk kedalam tempat yang gelap
- Jangan tidur bersendirian, jika terpaksa maka berwuduk dan baca doa
- Jangan membuang air di merata-rata tempat terutama dilubang-lubang
- Jangan membunuh ular sewenang-wenangnya yang masuk kedalam rumah

* Banyak ayat-ayat syifa jika dibaca, diamal, yang paling penting baca amal dan yakin *
* Baca surah Al-Baqarah sampai habis didalam rumah, jika tidak mengetahui baca, pasanglah Cd *
* Surah Al-Furqan ayat 23, ayat ini mengelakkan diri daripada sihir *
* Surah As-Saffat ayat 7, ayat ini mengelakkan diri daripada sihir, santau & saka sebagainya *
* Zikir Taubat Nabi Yunus, ayat ini mengelakkan diri daripada sasaran saka *
* Baca & amal, yakin insya Allah Mujarab *

No comments:

Post a Comment