Wednesday 7 September 2011

Malaikat Mikail Menahan Lajunya Matahari

Suatu hari, Saidina Ali r.a tergesa berangkat jemaah Subuh bersama Rasulullah. Ketika di tengah jalan, dia bertemu seorang lelaki tua berjalan bertatih-tatih dengan tongkatnya. Di tangannya memegang lampu untuk memerangi jalan. Sebagai sikap rendah diri dan menghormati orang tua, Ali tak berani mendahului dan mengikuti lelaki tua itu. Tentu saja Ali terlambat datang berjemaah di masjid. Celakanya lelaki tua itu tidak solat di masjid, kerana orang nasrani. Ketika masuk ke masjid, Ali menjumpai Rasulullah sedang rukuk. Nabi waktu itu memanjangkan rukuknya dengan bacaan yang panjang sehingga Ali boleh mengikutinya menjadi makmum. Selesai solat Ali bertanya: " Ya Rasulullah, mengapa engkau memanjangkan rukukmu, suatu hal yang belum pernah ku jumpai selama ini " tanya Ali .

" Ketika aku rukuk dan membaca Subhana Rabbiyal 'adzimi, sebagaimana biasanya aku akan berdiri tegak. Sebelim kepalaku tegak, malaikat Jibril telah mendahuluiku menekan punggungku agak lama. Setelah lama menekan punggungku aku baru boleh mengangkat kepalaku  membaca iktidal. " jawab Rasulullah .

Mendengar itu, Ali lalu menceritakan peristiwa yang baru saja dialaminya menjelang dia solat ke masjid itu. Rupanya Allah telah memberi isyarat kepada Rasulullah agar Saidina Ali r.a boleh ikut berjemaah subuh dengan Rasulullah .

Bukan itu saja riwayat yang mengagumkan saidina Ali ini. Diceritakan  pada saat  itu malaikat Mikail di perintahkan Allah untuk menahan lajunya matahari hanya agar Ali tidak ketinggalan solat jemaah subuh di masjid bersama Rasulullah. Itu kerana lelaki tua yang teryata orang nasrani itu

No comments:

Post a Comment